Trak bantuan kemanusian tiba di sempadan Venezuela - Utusan Malaysia

Trak bantuan kemanusian tiba di sempadan Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CUCUTA 8 Feb. – Trak yang membawa bantuan kemanusian ke Venezuela tiba di sempadan Colombia semalam walaupun Presiden Venezuela, Nicolas Maduro membuat sekatan ekoran krisis politik di negara berkenaan.

Ketibaan konvoi bantuan termasuk yang dibekalkan Amerika Syarikat itu telah meningkatkan tekanan kepada Maduro selepas Kesatuan Eropah mengesa diadakan dialog dan pilihan raya selain amaran campur tangan.

Maduro telah menolak konvoi bantuan yang disifatkan sebagai ‘pertunjukan politik’ dan bersumpah untuk terus memegang jawatan tersebut walaupun berpuluh negara mengiktiraf pemimpin pembangkang, Juan Guaido sebagai ketua negara sah,

Trak yang diiringi polis tiba di Cucuta di mana penduduk Venezuela sefan menanti sama ad kerajaan Maduro akan membenarkan kenderaan membawa bantuan kemanusian tersebut melepasi sekatan di sempadan.

Orang ramai menyifatkan Maduro sebagai ‘kanser’ dan meraikan kedatangan konvoi berkenaan,

“Ini memberikan harapan kepada saya terutama untuk keluarga yang saya tinggalkan. Ini adalah satu lagi langkah ke arah menamatkan rejim yang dahsyat,” kata Israel Escobar, 42, yang berkerja sebagai penjual ais krim di Cucuta. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN