KAJANG – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada keperluan untuk merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi lawatan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke luar negara.
Katanya, prosedur sedia ada adalah memadai kerana ia memerlukan agensi kerajaan atau pegawai kerajaan yang ingin keluar negara mendapatkan kelulusan daripada kementerian melalui ketua setiausaha kementerian atau menteri sendiri.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa lawatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bersama beberapa pegawai tinggi PDRM ke Turki tidak mempunyai kesalahan.










