Tiada layanan istimewa buat Perlis - Utusan Malaysia

Tiada layanan istimewa buat Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Tiada sebarang kelonggaran diberikan kepada mana-mana pasukan yang bakal berdepan tindakan sekatan geran andai gagal melunaskan tunggakan gaji pemain, terma­suk Perlis.

Demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam selepas dimaklumkan bahawa Perlis amat bergantung kepada bantuan geran berkenaan bagi membayar gaji pemain musim lalu.

Kata Kevin, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) juga sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut sejak kali pertama mereka berhubung perkara berkenaan.

“Semua pasukan yang gagal membayar gaji dan menyerahkan dokumen kewangan seperti diminta tetap akan berdepan tindakan tegas.

“Saya tidak mahu ulas lagi mengenai isu melibatkan Perlis kerana bagi saya mereka sudah maklum tentang perkara tersebut.

“Jika tidak melunaskan hutang maka akan berdepan tindakan geran ditahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

PFA hari ini mengakui, mereka mahu menggunakan peruntukkan geran tahunan daripada MFL untuk membayar tunggakan gaji pemain daripada pengurusan lalu.

Presidennya, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, MFL juga sudah sedia maklum mengenai perkara tersebut.

Dalam masa sama, Ahmad Amizal turut memaklumkan pihaknya akan mengemukakan segala bukti dokumen kedudukan kewangan mereka kepada MFL esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN