SAUDARA PENGARANG,
BEKALAN air di Taman Dagang Permai, Ampang, Selangor sejak kira-kira sebulan lalu berdepan masalah tekanan rendah. Saya percaya masalah ini bukan berpunca dari rumah sebaliknya paip utama.
Ini kerana air dari tangki di dalam rumah cukup deras, tetapi bekalan dari paip utama sedikit rendah.
Diharapkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dapat mengatasi masalah ini demi keselesaan pengguna.
PENDUDUK
Taman Dagang Permai











