Tajaan Da Ma Cai calar imej polis - Utusan Malaysia

Tajaan Da Ma Cai calar imej polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Bagai mencabik baju di dada, pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tentang tajaan syarikat perjudian Da Ma Cai untuk lawatan 16 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mencalarkan imej PDRM sendiri.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, kerajaan sepatutnya memastikan sebarang penajaan perlu dirujuk kepada menteri dan kementerian berkaitan.

“Kenyataan Menteri Kewangan itu menyinggung perasaan umat Islam negara ini kerana jelas, aktiviti lawatan pegawai kanan PDRM itu ditaja Da Ma Cai yang merupakan syarikat judi dan loteri di Malaysia dan ia bertentangan dengan syarak.

“Ia menimbulkan spekulasi dalam kalangan rakyat, apakan tujuan sebenar Da Ma Cai yang merupakan syarikat judi dan loteri menaja lawatan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN