KOTA BHARU – Pelari solo negara, Mejar (K) Dr. Suwaibah Mohd. Nasir memerlukan perbelanjaan sebanyak AS$1 juta atau kira-kira RM4 juta bagi misi Jelajah Kemanusiaan Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia.
Menurut Suwaibah, kos tersebut meliputi tiket penerbangan ke pelbagai negara di seluruh dunia, permohonan visa, penginapan dan makan minum serta kelengkapan berkaitan larian beliau di setiap negara terbabit.
Katanya, beliau kini giat mengumpul dana tersebut dengan kerjasama pelbagai pihak di samping membuat persiapan mental dan fizikal bagi menakluk menara tertinggi di Rusia iaitu Menara Ostankino di Moscow yang memiliki ketinggian 540 meter dalam masa terdekat.










