Surau di terminal bas tiada air - Utusan Malaysia

Surau di terminal bas tiada air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
PARA
penumpang dan pengunjung di terminal bas Hentian Akhir Bandar di Shah Alam, Selangor berharap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dapat menyelesaikan segera masalah ketiadaan air di surau dan tandas di situ.

Mereka berasa kurang selesa terpaksa mengguna tandas di premis lain yang jaraknya hampir 45 meter untuk berwuduk.

Tandas di depan surau pun dikunci kerana ketiadaan air. Paling terkesan adalah golongan orang kurang upaya (OKU).

Masalah ini berlaku sejak lapan bulan lalu, namun seolah-olah dibiarkan sahaja oleh pihak berkuasa. Sepatutnya MBSA bertindak serta-merta untuk memperbetulkan keadaan.

Saya sudah menyalurkan aduan kepada MBSA melalui Twitter dan e-mel tetapi tiada tindakan positif dilakukan.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN