HULU LANGAT 26 Feb. – Kebiasannya Taman Eko Rimba Sungai Tekala Semenyih di sini akan dikunjungi orang ramai setiap hujung minggu ataupun pada musim cuti sekolah.
Namun ketika cuaca panas yang sedang melanda sejak kebelakangan ini menjadikan lokasi itu menjadi tumpuan selepas waktu bekerja.
Fenomena cuaca panas yang akan berlarutan sehingga pertengahan April ini membuatkan kawasan rekreasi itu menjadi tumpuan pengunjung.
Bagi dua sahabat Ahmad Aminuddin Rasul Adzhar, 21, dan Mohd. Rish Alif Ceaser, 23, kesempatan ini diambil bagi menyejukkan badan selepas pulang dari tempat bekerja.
Sungai Tekala yang terletak 13 kilometer dari Bandar Semenyih merupakan Hutan Dipterokarpa Pamah yang terletak di Hutan Simpan Sungai Lalang yang mempunyai aliran air terjun sesuai untuk merehatkan diri dan bersantai.
Kawasan itu diselia oleh Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah dengan kadar bayaran RM2 untuk dewasa dan kanak-kanak. – UTUSAN ONLINE










