JOHOR BAHRU 18 Feb. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghadiri majlis Sambutan Chap Goh Meh Anjuran Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Group di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini sebentar tadi. Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada pukul 12.30 tengah hari itu disambut Naib Pengerusi Eksekutif IWH Group, Tan Sri Lim Kang Ho. Tuanku turut berkenan menggaul yee sang sebagai simbolik meraikan kedatangan tahun baharu dalam kalendar Cina bersama-sama…










