Sudan dakwa kempen protes ancam keselamatan negara - Utusan Malaysia

Sudan dakwa kempen protes ancam keselamatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 15 Feb. – Sudan menuduh mereka yang mengetuai kempen protes terhadap Presiden Omar al-Bashir mengancam keselamatan negara dan menganjurkan keganasan.

Menteri Penerangan, Mamun Hassan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin protes selepas mereka berjanji akan meneruskan bantahan terhadap kempimpinan tiga dekat Bashir.

“Ini mengesahkan apa yang selalu kami katakan ini kumpulan keganasan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kelmarin, sidang media kempen protes pertama kali diadakan di pejabat pembangkang utama, Parti Umma Nasional sejak demostrasi mula tercetus Disember lalu.

Persatuan Profesional Sudan (SPA) yang mengetuai protes dan sekutunya menyeru kumpulan politik lain untuk menyertai pergerakan mereka dengan menandatangani ‘Dokumen untuk Kebebasan dan Perubahan’. AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN