Subsidi Haji kekal - Utusan Malaysia

Subsidi Haji kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb.-Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan subsidi haji lebih RM12,000 bagi setiap jemaah walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos bagi tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mujahid Yusof berkata, pengekalan subsidi tersebut  tidak akan menggangu proses pemulihan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji)  dan proses agihan hibah pada tahun ini yang dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya Mac nanti.

”Tabung Haji akan menanggung kos keseluruhan subsidi sebanyak RM306 juta pada tahun ini. Setakat ini, kita masih boleh menyerap lagi segala tanggungan walaupun berlaku defisit seperti yang dilaporkan .Malah proses pemulihan  sedang berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar di Menara TH Jalan Tun Razak di sini hari ini.UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×