IPOH 11 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat yang didakwa menerima permit untuk melakukan pembangunan ladang hutan seluas 400 hektar di daerah Kinta. Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong berkata, siasatan terperinci perlu dilakukan berikutan syarikat tersebut merupakan syarikat baharu yang hanya ditubuhkan kurang daripada lima bulan. Katanya, berdasarkan siasatan, syarikat yang diberi kebenaran untuk mengusahakan tanah di Hutan Simpan Kledang Saiong…










