Sindiket judi online tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket judi online tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah sindiket judi online yang dikesan menggunakan helah baharu dengan menjadikan sebuah unit penthouse di Jalan Ceylon di sini sebagai markas untuk menjalankan operasi mereka berjaya ditumpaskan pada Khamis lalu.

Serbuan pada pukul 9 malam itu telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Difahamkan, sindiket yang telah beroperasi sejak empat bulan lalu dengan menjadikan penthouse yang bernilai RM2.9 juta berkenaan sebagai markas bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil serbuan polis berjaya menahan 31 lelaki dan tiga wanita warganegara China yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 46 tahun.

“Siasatan awal mendapati, premis yang mempunyai lima bilik berkenaan dijadikan sebagai pusat bagi menjalankan operasi promosi dan pertaruhan perjudian atas talian untuk pasaran di negara China.

“Sindiket yang didalangi seorang lelaki warga China berkenaan mempunyai kira-kira 6 laman web bagi mempromosikan judi atas talian menerusi aplikasi Wechat,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN