Sijil palsu: Menteri Besar Johor juga diragui? - Utusan Malaysia

Sijil palsu: Menteri Besar Johor juga diragui?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Nampaknya isu mengenai pemilikan sijil akademik yang didakwa palsu ‘semakin menjadi-jadi’ kalangan kepemimpinan Pakatan Harapan selepas seorang demi seorang daripada mereka terpalit dengan kontroversi tersebut.

OSMAN SAPIAN
OSMAN SAPIAN 

Bermula dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan kemudian Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, kini Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian turut dipertikaikan orang ramai atas pemilikan sijil akademik yang mencurigakan.

Keraguan terhadap latar belakang pendidikan Osman ditimbulkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memuat naik hantaran dalam akaun Facebook beliau. 

“Sebenarnya alumni Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pernah menghantar surat ke Pejabat Menteri Besar Johor untuk pengesahan tapi tidak dibalas. Jadi kita tengok saja drama esoknya.

“Banyak cerita sebenarnya selepas Osman menjadi Menteri Besar. Ada yang kata beliau bekas pemandu, penjual kereta dan bermacam-macam lagi. Saya tidak mahu cerita perkara itu kerana mungkin ia khabar angin sahaja,” katanya semalam.

Berdasarkan latar belakang pendidikan Osman yang dimuat naik Nordin semalam,  Menteri Besar Johor itu mempunyai Ijazah Perakaunan di UPM dan pernah menjadi Pengurus Semangat Finance Berhad, Timbalan Pengurus DNC Berhad dan Timbalan Pengurus Besar Tan Chong Holding Berhad pada 1977 hingga 1981. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN