Siapa harus dipercayai? - Utusan Malaysia

Siapa harus dipercayai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Siapa harus dipercayai antara Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu tajaan lawatan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki?

Persoalan itu dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki selepas mendapati kenyataan dikeluarkan kedua-dua menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu bercanggah antara satu sama lain.

Asyraf Wajdi berkata, Guan Eng pula seperti biasa, setelah mengeluarkan kenyataan, cuba pula

ASYRAF WAJDI DUSUKI
ASYRAF WAJDI DUSUKI 

mengalihkan isu tersebut dengan menyalahkan kerajaan terdahulu dengan menyatakan kononnya lawatan itu diluluskan pada 2017.

“Peliknya Muhyiddin sendiri mengakui telah meluluskan lawatan tersebut sebagaimana dilaporkan akhbar kelmarin atas alasan diperlukan oleh PDRM.

“Jadi kenyataan siapa patut rakyat percaya Guan Eng yang sebelum ini banyak tersalah lapor termasuk isu hutang negara dan salah titik perpuluhan atau Muhyiddin?” soal beliau menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya semalam.

Sebelum ini, Muhyiddin memberitahu, lawatan yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun diluluskan oleh beliau dan kunjungan itu sebagai pendedahan untuk mempelajari teknik membanteras judi haram dari negara lain, malah ditaja Lembaga Totalisator Malaysia (LTM) yang juga merupakan syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

Namun Guan Eng pula menafikannya dan memberitahu bahawa kementeriannya tidak pernah meluluskan lawatan tersebut sebaliknya sumber kewangan lawatan ditaja syarikat nombor ramalan tersebut dan telah diluluskan pada 2017.

Asyraf Wajdi berkata, lawatan itu diadakan pada tahun ini, namun Guan Eng memberitahu ia diluluskan tahun 2017, malah ketika itu Mohamad Fuzi baharu dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

“Lagi satu takkanlah rakyat nak diperbodohkan lagi sekali. Lawatan diadakan tahun 2019 tapi diluluskan tahun 2017.

“Bak kata mak cik yang vi­deonya tular waktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland baru-baru ini, ‘Mak cik tak percaya kalau setakat janji mulut, mak cik nak tengok bukti surat ‘lawyer’!’,” tulis beliau lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN