Shabudin kekal Ahli Parlimen - Utusan Malaysia

Shabudin kekal Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 15 Feb. – Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini membatalkan petisyen untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor yang difailkan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya selepas kedua-dua pihak bersetuju petisyen itu dibatalkan untuk menjimatkan kos dan masa mahkamah.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu dalam kamar selepas peguam bagi pempetisyen dan responden bersetuju membatalkan pe­tisyen tersebut.

MARZUKI YAHYA
MARZUKI YAHYA 

Peguam yang mewakili Mar­zuki, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membatalkan petisyen itu selepas meneliti Borang 14.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Petisyen itu dibatalkan dan res­ponden, Datuk Sha­budin Yahaya akan kekal sebagai Ahli Parlimen Tasek Ge­lugor yang sekarang ini telah menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Keputusan ini dibuat selepas meneliti Borang 14 dan kedua-dua pihak memutuskan bahawa adalah lebih baik petisyen dibatalkan berdasarkan faktor teknikal,” katanya di sini hari ini.

Marzuki yang juga Setiausa­ha Agung Bersatu mengemukakan petisyen mencabar keputusan PRU-14 itu selepas tewas tipis iaitu hanya dengan 81 undi kepada Shabudin yang ketika itu bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Shabudin pa­da 14 Disember tahun lalu mengumumkan keluar UMNO dan kemudiannya memilih untuk menyertai Bersatu.

SHABUDIN YAHAYA
SHABUDIN YAHAYA 

Tambah Muhammad Rafi­que, pembatalan petisyen itu tidak melibatkan sebarang kos namun hakim memerintahkan Marzuki untuk membayar kos minimum berjumlah RM5,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menampung yuran guamannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×