Shabudin dan enam lagi berdepan tindakan mahkamah - Utusan Malaysia

Shabudin dan enam lagi berdepan tindakan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 15 Feb. – Tujuh pihak membabitkan syarikat, ahli lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) termasuk bekas Pengerusinya, Datuk Shabudin Yahaya berdepan dengan tindakan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam pecah amanah dan salah laku penjualan, pembelian serta usahasama hartanah dipercayai sejak 2013.

Pengerusi Perda, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, perkara itu dibongkar menerusi siasatan yang dilakukan sejak 5 Januari lalu terhadap 15 fail projek-projek yang didakwa meragukan.

“Daripada 15 fail itu, empat fail telah dipercayai berlaku salah guna kuasa dan pecah amanah melibatkan kerugian bernilai RM57.8 juta dan membabitkan keluasan 36.84 hektar.

“Kita telah failkan saman terhadap dua daripada fail projek itu iaitu penjualan tanah seluas 3.79 hektar Kampung Tok Keramat, Jawi dan tanah Sungai Baong (2.35 hektar) juga di kawasan Jawi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Untuk rekod, Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dilantik sebagai Pengerusi Perda pada Jun 2013 sehingga Jun tahun lalu dan beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Selasa lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN