Serangan bertalu kepada MB Johor berniat jahat - Utusan Malaysia

Serangan bertalu kepada MB Johor berniat jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Ketua Bahagian Bersatu Sekijang, Uzzair Ismail, menegaskan serangan bertali arus pihak-pihak tertentu yang ditujukan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian adalah tidak wajar dan berniat jahat sama sekali. 

Walaupun bukan mewakili suara ahli-ahli Bersatu, namun beliau menegaskan Osman adalah calon terbaik dari selatan yang telah dipilih oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membela rakyat Johor di samping meneruskan pembangunan di negeri tersebut.

“Janganlah disebabkan sedikit isu yang timbul, maka segala kebaikan beliau selama ini dilupakan. Beliau juga sudah membuat kenyataan memohon maaf, jadi bukankah itu sifat terpuji dan ikhlas dalam memberi jawapan kepada persoalan selama ini?”.

Menurutnya lagi, sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar, prestasi Osman sangat cemerlang dalam membawa negeri johor ke arah negeri beprestasi tinggi 2019-2030 dan berjaya melaksanakan Manifesto Pakatan Harapan Negeri Johor dalam masa 100 hari.

Ujarnya, mandat rakyat lebih penting dari melayan segala tomahan yang tidak berasas dan rakyat seharusnya perlu memandang terus ke hadapan dan memberikan ruang dan sokongan seluas-luasnya kepada beliau untuk mengemudi parti ini ke tahap yang lebih baik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN