Seorang lemas, dua lagi dikhuatiri hilang - Utusan Malaysia

Seorang lemas, dua lagi dikhuatiri hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DADANG TERAP 7 Feb. – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan lemas, manakala dua lagi termasuk seorang lelaki dewasa dikhuatiri hilang dalam kejadian di Sungai Pedu, Kampung Bukit Sena, di sini.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang itu, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di sungai berkenaan.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Noh Idris berkata, seorang lagi remaja perempuan berusia belasan tahun berjaya diselamatkan penduduk kampung yang menyedari kejadian itu.

“Operasi mencari dua lagi mangsa termasuk seorang lelaki berusia 65 tahun dan remaja perempuan berusia belasan tahun sedang giat dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Noh, mayat mangsa yang sedang dikenal pasti identiti itu dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk proses bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN