DADANG TERAP 7 Feb. – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan lemas, manakala dua lagi termasuk seorang lelaki dewasa dikhuatiri hilang dalam kejadian di Sungai Pedu, Kampung Bukit Sena, di sini. Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang itu, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di sungai berkenaan. Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Noh Idris berkata, seorang lagi remaja perempuan berusia belasan tahun berjaya diselamatkan…










