Semenya cabar CAS - Utusan Malaysia

Semenya cabar CAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUSANNE 19 Feb. – Juara Olimpik acara 800m, Caster Semenya dari Afrika Selatan akan mencabar peraturan baharu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang memaksanya menurunkan tahap testosterone di dalam tubuhnya.

Kerajaan Afrika Selatan menyifatkan peraturan yang ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) adalah ‘pencabulan hak asasi manusia yang memalukan’ dan menjadikan Semenya sebagai sasaran.

Undang-undang baharu yang penuh kontroversi itu akan memaksa atlet hyperandrogenic (atlet wanita yang memiliki kandungan hormon lelaki berlebihan) atau jantina meragukan untuk mengambil ubat khusus untuk merendahkan kandungan testosterone di dalam badan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peraturan baharu yang diperkenalkan November lalu itu bagaimanapun belum diluluskan kerana perlu dibahaskan di CAS dan Semenya dijangka hadir ke sesi ini dan keputusannya akan diketahui pada penghujung Mac ini.

Terdahulu, The Time melaporkan, IAAF seharusnya mempertikaikan jantina sebenar Semenya dan dia seharusnya dikelaskan sebagai lelaki dari segi biologi namun Semenya menjawab bahawa dia adalah wanita tanpa sebarang keraguan.

“Sekiranya mereka memiliki tahap testosterone seperti lelaki, fizikal dan kekuatan mereka adalah sama seperti lelaki dan ia akan memberi kelebihan kepada atlet berkenaan untuk mengatasi wanita.

“Bagi memastikan kesaksamaan dalam pertandingan wanita, adalah perlu atlet seperti mereka untuk mengurangkan kadar testosterone agar sama seperti wanita. Jika ia dilakukan, mereka boleh bertanding di peringkat antarabangsa,” kata IAAF dalam satu kenyataan.

Semenya bagaimanapun tidak bersendirian dua lagi atlet yang menamatkan saingan di belakangnya semasa aksi 800m di Sukan Olimpik Rio iaitu Francine Niyonsaba dari Burundi dan Margaret Wambui dari Kenya juga menghadapi masalah terhadap kandungan testosterone mereka.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×