Sarah mahu jumpa Misha - Utusan Malaysia

Sarah mahu jumpa Misha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Radar dunia hiburan tempatan gempar apabila penyanyi Misha Omar membuat laporan polis baru-baru ini selepas dituduh menggunakan ilmu hitam bagi mendapatkan kemenangan tempat ketiga serta kategori Vokal Terbaik menerusi Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33).

Menyifatkan tuduhan berkenaan mencalarkan kredibilitinya sebagai penyanyi, Misha menerusi sidang akhbar yang berlangsung minggu lalu menggesa beberapa individu yang terlibat dengan fitnah tersebut tampil membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari sebelum tindakan yang lebih keras diambil.

Sungguhpun Misha tidak memetik sebarang nama, namun, pengguna media sosial terus menunding jari terhadap individu yang dikenali sebagai Zahar Bubu dan Tengku Muda yang pernah meninggalkan komen kurang enak terhadap penyanyi berkenaan

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan kedua-dua individu yang merupakan peminat berat penyanyi Siti Sarah Raisuddin telah menyebabkan mereka dilabel sebagai perosak nama baik penyanyi yang kini popular dengan lagu Semakin.

Bertemu dengan Sarah pada perjumpaan tertutup bersama wakil media, dia mengakui tidak tahu menahu tentang perkara tersebut sehinggalah diberitahu oleh syarikat pengurusannya, InDigital.

Sarah berkata, dia berasa sedih dengan penabur fitnah tersebut dan berharap dapat duduk semeja dengannya bagi menjernihkan kembali keadaan.

Dalam masa sama, isteri kepada pelawak dan penyampai radio Shuib itu turut berhasrat untuk berjumpa dengan Misha bagi berbincang tentang masalah yang dicetuskan oleh peminatnya.


KOSMO!: Sarah, adakah anda menyedari tentang kontroversi yang melanda Misha?

Sarah: Sebaik sahaja tamat AJL33, saya diserang demam. Ketika itu, saya berada di Langkawi, Kedah bercuti dengan keluarga. Disebabkan itu, saya jarang melihat telefon bimbit dan mengikuti perkembangan semasa. Saya tidak tahu-menahu tentang isu ini sehinggalah diberitahu oleh Nana, pengurus saya di InDigital sehari sebelum Misha Omar mengadakan sidang akhbar tergempar.

Bagaimanakah reaksi anda apabila mendapat tahu bahawa penabur fitnah itu merupakan peminat anda?

Saya sendiri berasa sedih dengan tindakannya. Barangkali, dia terlalu obses sehinggakan terbawa-bawa dalam pertuturan. Saya menerima kekalahan dengan hati terbuka dan sentiasa reda dengan ketentuan Allah. Jika ada peluang, saya akan bertemu dengan Zahar untuk menjernihkan keadaan.

Bagaimanakah pula hubungan anda dengan Misha selepas ini? Peminat sedia maklum bahawa anda berdua bakal bergabung bersama penyanyi Noryn Aziz bagi konsert Soul Sisters yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 5 dan 6 April depan?

Sejujurnya, saya dan Misha tidak mempunyai sebarang masalah. Perkara ini berlaku antara peminat. Sebagai penyanyi yang agak senior, saya tidak mahu terbawa-bawa dengan perkara ini. Mungkin membuat laporan polis merupakan cara Misha menyelesaikan kontroversi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×