Rujuk isu kaum kepada kerajaan - Utusan Malaysia

Rujuk isu kaum kepada kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Feb. – Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad meminta semua pemimpin parti Pakatan Harapan (PH) tidak membuat teguran berkaitan sensitiviti kaum dan agama secara terbuka.

Beliau sebaliknya mahu sebarang masalah yang timbul dirujuk kepada kerajaan dan tidak dibicarakan secara umum.

“Kita berbincang dalam parti supaya kita dapat mencari penyelesaian. Penyelesaian tetap memerlukan tolak ansur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sesi pemukiman kerajaan Negeri Johor bersama Perdana Menteri dan Menteri Persekutuan di sebuah hotel di sini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian serta semua Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) PH di negeri itu.

Perdana Menteri berkata, sama ada beragama Islam atau bukan Islam, teguran menyakit hati tidak harus berlaku memandangkan Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama.

Menurut beliau, PH berkemungkin kalah pada Pilihan Raya Umum akan datang jika tidak menjaga hubungan baik sesama mereka.

“Kerjasama amat penting, mesti diadakan cukup rapat. Jika bergerak untuk parti kita sahaja, kita tidak mendapat manfaat yang maksimum daripada gabungan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN