Rombakan Finas perkasakan industri filem negara - Utusan Malaysia

Rombakan Finas perkasakan industri filem negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yakin rombakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dilakukan Disember lepas mampu memperkasakan industri filem di negara ini.

Katanya, pelantikan ahli lembaga pengarah baharu Finas, termasuk Panel Penasihat dapat membantu menyelesaikan pelbagai isu serta masalah berbangkit dalam industri itu.

“Seperti mana semua maklum, saya telah buat rombakan besar dalam Finas, satu perkara yang saya berikan penekanan adalah memastikan terdapat wakil untuk semua dalam industri ini.

“Apa yang penting kita mahu tukar pendekatan, di mana sekarang kita bekerjasama (dengan penggiat industri) dengan turun padang untuk memahami dan menyelesaikan masalah yang kita sedar wujud sejak sekian lama,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina dan Anugerah Pengeluar Filem Cemerlang di sini hari ini.

Disember lepas, kementerian mengumumkan barisan ahli baharu Finas dengan setiausaha bahagian kanan (pengurusan) kementerian itu, Datuk Samsuni Mohd. Nor sebagai Pengerusi. -Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN