RM3 bagi seekor gagak - Utusan Malaysia

RM3 bagi seekor gagak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 27 Feb. – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menetapkan bayaran RM3 bagi seekor gagak yang berjaya ditumpaskan dalam setiap operasi menembak haiwan berkenaan di kawasan seliannya.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd. Zulkurnain Che Ali berkata, ganjaran itu adalah sebagai upah yang diberikan kepada penembak dalam program menembak yang bertujuan mengurangkan populasi gagak.

“Kadar bayaran bagi seekor gagak yang berjaya ditembak adalah RM3.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi menghapuskan gagak biasanya dibuat berdasarkan maklumat dan aduan orang ramai,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Penuh MPSJ Februari 2019 di Bangunan MPSJ, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zulkurnain memberitahu, pihaknya akan mengadakan program Menembak Gagak pada 16 Mac ini yang bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 7.30 malam.

“Program ini dibuka kepada mereka atau mana-mana ahli persatuan yang mempunyai lesen menembak.

“Program ini mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia, Persatuan Penembak Subang dan Jawatankuasa Penduduk MPSJ,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN