Remaja perempuan mati lemas, dua hilang - Utusan Malaysia

Remaja perempuan mati lemas, dua hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERANG – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui mati lemas manakala dua lagi masih hilang di Sungai Pedu, Kampung Bukit Sena di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, empat mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 65 tahun dan tiga remaja perempuan lemas akibat dibawa arus sungai.

Salah seorang mangsa perempuan berusia belasan tahun berjaya diselamatkan orang kampung dan anggota bomba.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian lemas berhampiran rumah pam Sungai Pedu kira-kira pukul 1.45 petang ini.

“Siasatan awal mendapati terdapat empat mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa berusia 65 tahun dan tiga mangsa perempuan berusia belasan tahun yang lemas akibat dibawa arus deras.

“Tindakan pantas bomba dan orang kampung telah berjaya selamatkan seorang perempuan berusia belasan tahun manakala seorang lagi mangsa perempuan berusia 16 tahun ditemui telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, usaha mencari dua lagi mangsa iaitu lelaki berusia 65 tahun dan mangsa perempuan belasan tahun yang masih hilang sedang giat dijalankan.

“Mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN