Raja Perlis dilantik semula Canselor USM - Utusan Malaysia

Raja Perlis dilantik semula Canselor USM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PUMPUR 8 Feb. – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dilantik semula sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) untuk tempoh Tujuh tahun lagi berkuat kuasa mulai 14 Disember 2018 hingga 13 Disember 2025.


Watikah perisytiharan yang diperkenankan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrim Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-lah bertarikh pada 13hb Disember 2018 yang lalu di Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya DiRaja dipersembahkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kepada Tuanku Syed Sirajuddin dalam satu majlis yang diadakan di Ruang Tamu Galeri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak petang semalam.


Maszlee diiringi oleh Pengerusi Lembaga Gabenor dan Naib Canselor universiti APEX berkenaan, Dr. Hari Nayanan P. Ondiveeran serta Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.


Terdahulu daripada itu, keberangkatan baginda bersama-sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan cucunda sulung, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail disambut oleh Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak.


Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Gazali bin Abas, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Kamel Mohamad dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×