LONDON 8 Feb. – Colombia mengumumkan secara rasmi pelantikan Carlos Queiroz sebagai jurulatih baharu pasukan kebangsaan negara berkenaan dengan kontrak sehingga Piala Dunia 2022.
Queiroz yang sebelum ini mempunyai pengalaman melatih skuad kebangsaan Portugal dan Real Madrid berkata, dia akan memastikan segala impian Colombia di peringkat dunia dapat dicapai.
“Tugas utama saya adalah untuk menaikkan reputasi dan menempatkan pasukan kebangsaan Colombia di peringkat terbaik dunia.
“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Colombia dan berharap dapat melaksanakan tugas ini dengan sebaiknya,” kata Queiroz.
Presiden Persekutuan Bola Sepak Colombia, Ramon Jesurun mengesahkan bahawa tugasan pertama Queiroz adalah membimbing pasukan menentang Jepun pada 22 Mac ini. – AGENSI










