PUC Sport taja jersi pasukan media - Utusan Malaysia

PUC Sport taja jersi pasukan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pasukan bola sepak Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi FC) mendapat  tajaan jersi rasmi dari PUC Sport sempena Kejohanan Bola Sepak Antara Agensi Kerajaan Peringkat Negeri Kelantan 2019 di padang Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

 

 

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis penyerahan jersi itu telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Penaja PUC Sport, Mohd. Shukry Pauzi kepada Penolong Pengurus Kemudi FC, Nik Mohd. Zulhafiz  Zulkifli dan turut hadir jurulatih pasukan, Chia Chee Lin selepas perlawanan pertama kelab itu menentang Pos Malaysia Kelantan.

Pada perlawanan itu Kemudi FC telah mempamerkan aksi cemerlang selepas berjaya mengikat pasukan Pos Malaysia Kelantan dengan keputusan seri 1-1.

PUC Sport merupakan penaja jersi untuk pasukan Kelantan musim ini dan turut bersama menaja pasukan Kemudi FC adalah Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Jamu Nenek Sdn. Bhd. dan McDonald’s Kelantan.

Sementara itu, Nik Mohd. Zulhafiz berkata, pihaknya  mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja yang menaja pasukan Kemudi FC sebagai suntikan semangat kepada para pemain-pemain.

Katanya, dengan penajaan itu Kemudi FC amat bergembira dan juga mendapat suntikan moral dalam menghadapi aksi perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Ini merupakan pertama kali pasukan Kemudi FC menyertai kejohanan besar untuk mencari pengalaman dan turun sebagai pasukan bukan pilihan atau ‘underdog’.

“Saya lihat pada perlawanan tadi  semua pemain-pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mencipta kemenangan dan semangat ini perlu diterapkan untuk perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.

Kemudi FC yang dibarisi wartawan, petugas media dan beberapa pemain jemputan dari seluruh negeri ini bakal menentang pasukan NCD JKNK FC  bagi perlawanan kedua pada 22 Februari ini.

Kejohanan itu merupakan anjuran Kelab Sukan USM Sempena Ulang  Tahunb Ke-50 USM telah melibatkan 16 pasukan terdiri daripada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Gua Musang, Majlis Amanah Rakyat Kelantan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kompleks Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Air Kelantan dan Universiti Malaysia Kelantan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×