MANCHESTER, England 12 Feb. – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel menolak andaian ketiadaan Neymar dan Edinson Cavani akan mengubah corak permainan kelab berkenaan dalam aksi pertama 16 akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Old Trafford, awal pagi esok. Neymer dan Cavani tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut kerana masih belum pulih daripada kecederaan namun Tuchel menegaskan bahawa PSG tetap akan menggunakan corak permainan menyerang bagi memburu kemenangan. “Sudah…










