TUARAN 9 Feb. – Polis Sabah menahan seorang lelaki tempatan dan merampas tiga kontena memuatkan 1,860 kotak berisi daging tenggiling beku seberat 28,000 kilogram di sebuah gudang pengumpulan di Kampung Bontoi, Jalan Tamparuli, dekat sini hari ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, ia susulan serbuan dilakukan polis dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah di sebuah kilang memproses daging dan kulit tenggiling secara haram di Taman Perindustrian Kota Kinabalu…










