HULU LANGAT 28 Feb. – Menuju hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, UMNO dan Pas malam ini bersama menganjurkan program Ceramah Perdana di Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini. Program yang berlangsung sejak pukul 7 petang itu dimulakan dengan solat maghrib dan diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zamri Mantop. Program diteruskan dengan solat isyak dan kemudiannya hadirin bersolat hajat berjemaah sebelum ceramah dimulakan…