SEMENYIH – Ahli UMNO, Zakaria Hanafi, 58, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh barisan kepimpinan parti, antaranya calon mestilah penduduk tempatan dan mesra rakyat.
“Kita telah menerima enam pencalonan daripada UMNO Bahagian. Semuanya baik-baik tetapi sudah tentulah kita pilih yang paling baik.
“Kita harap Zakaria dapat membawa suara rakyat ke dalam DUN (sekiranya menang),” katanya di majlis pengumuman calon BN bagi PRK DUN Semenyih di pekarangan Bilik Gerakan BN di sini hari ini. – K! ONLINE












