KUALA LUMPUR 9 Feb.- Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Langat, Rohani Kasim dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Langat, Azman Ahmad merupakan antara nama yang disenarai pendek sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Menurut sumber, kedua-dua mereka tersebut merupakan antara enam nama yang telah diserahkan oleh UMNO Selangor kepada UMNO Pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon mewakili BN pada PRK yang bakal berlangsung pada 2 Mac…










