Presiden Brazil dikecam kurang kepimpinan - Utusan Malaysia

Presiden Brazil dikecam kurang kepimpinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA 15 Feb. – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro berdepan dengan krisis dalam kerajaannya apabila sekutu utamanya menuduh pemimpin itu ‘mencuci tangan’ berhubung skandal kewangan kempen dan menghantar anaknya untuk menyelesaikannya.

Bolsonaro yang baharu enam minggu menjawat jawatan itu berada dalam tekanan apabila salah seorang menteri yang juga bekas pemimpin partinya mungkin menyalahguna dana kempen pada pilihan raya tahun lalu.

Presiden Dewan Perwakilan, Rodrigo Maia, menuduh Presiden Brazil itu menggunakan anak lelakinya, Carlos Bolsonaro untuk meminta seorang menteri meletak jawatan berbanding menyelesaikannya sendiri.

“Ini adalah satu risiko besar bagi kerajaan untuk menunjukkan kepimpinan dan perpaduan kerana terdapat beberapa cabaran penting,” kata Maia dari parti yang bersekutu dengan parti PSL Bolsonaro.

Setiausaha Agung presiden dan bekas ketua PSL, Gustavo Bebianno disyaki terlibat dalam penipuan di mana calon PSL palsu telah didaftarkan semasa kempen pilihan raya tahun lalu untuk mendapatkan dana. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN