JAKARTA 28 Feb.- Calon presiden (capres) nombor 2 Indonesia, Prabowo Subianto berjanji akan menjemput imam besar, Habib Rizieq Shihab ke Indonesia jika beliau menang dalam pilihan raya presiden (Pilpres) yang akan datang. Perkara itu disampaikan Prabowo ketika berkunjung ke Sekolah Berasrama Islam Mamba’ul Ulum, di sini. “Dalam ijtimak yang kedua, saya sudah berkata begitu. “Saya menang, saya akan bawa Habib Rizieq Shihab kembali ke Indonesia. “Saya akan hantar pesawat saya sendiri untuk menjemput beliau. Beliau difitnah dan dizalimi,” katanya menerusi satu kenyataan bertulis.-AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya