PPS terus proaktif cegah aktiviti jenayah pelajar - Utusan Malaysia

PPS terus proaktif cegah aktiviti jenayah pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 14 Feb. – Seramai 62 anggota polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) akan terus proaktif memastikan hubungan antara polis, sekolah serta ibu bapa dapat mencegah penglibatan pelajar dalam aktiviti jenayah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata anggota yang dilantik itu akan ditempatkan di tujuh buah sekolah menengah dan 21 buah sekolah rendah di daerah ini.

“Mereka akan menjadi perantara supaya apa sahaja permasalahan di sekolah berkaitan pelajar seperti penglibatan dengan gejala dadah dan rempit dapat diselesaikan.

“Sekiranya masalah ini dapat diatasi pada usia remaja kita dapat memupuk, membentuk serta menyemai generasi benci dadah sejak awal lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Daerah Langkawi 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi, di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata secara keseluruhan masalah jenayah melibatkan pelajar khususnya penyalahgunaan dadah masih terkawal. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN