LONDON 14 Feb. – Mauricio Pochettino gembira dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya selepas berjaya menundukkan Borussia Dortmund 3-0 dalam aksi pertama saingan kalah mati Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Skuad kendalian Pochettino pada awalnya gagal beraksi cemerlang selepas Dortmund menguasai permainan pada separuh masa pertama di Wembley tetapi Hugo Lloris berjaya menyelamatkan beberapa siri percubaan berbahaya. Rentak permainan berubah pada separuh masa kedua apabila Son Heung Min membuka tirai jaringan buat pasukan tuan rumah sebelum pertahanan, Jan Vertonghen meledak jaringan kedua. Pemain gantian, Fernando Llorente kemudiannya melengkapkan jaringan kemenangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya