PFA akur arahan MFL - Utusan Malaysia

PFA akur arahan MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie bersedia menyerahkan segala bukti dokumen kedudukan kewangan mereka sebelum 15 Februari ini seperti yang diarahkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Kata Ahmad Amizal, tempoh lebih kurang seminggu itu cukup untuk mereka melengkapkan segala dokumen yang diperlukan itu.

“Tiada masalah, kami akan hantar segala dokumen berkenaan kewangan pasukan Perlis sebelum 15 Februari ini.

“Sememangnya MFL sentiasa berhubung dengan kami untuk mengikuti perkembangan pasukan dan tidak ada masalah untuk mematuhi segala arahan MFL,” kata Ahmad Amizal.

Pihak MFL telah mengarahkan PFA mengemukakan bukti dokumen kewangan dengan segera berhubung masalah kewangan yang menghimpit badan bola sepak negeri itu ketika ini.

Segala dokumen itu akan diserahkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat tindakan susulan.

Perlis yang beraksi dalam Liga Perdana musim ini turut mempunyai tunggakan gaji 18 pemain tahun lalu namun berdasarkan perjanjian bersama MFL, hutang itu akan dibayar menggunakan geran tahunan andai tidak dapat dilangsaikan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh 28 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN