Perniagaan domestik pacu pertumbuhan - Utusan Malaysia

Perniagaan domestik pacu pertumbuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Nestle Malaysia Bhd. (Nestle) menca­tatkan pertumbuhan yang ku­kuh bagi tahun kewangan 2018 disokong oleh perniagaan domestik dan kegiatan eksport.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, pada tahun yang dilaporkan, kumpulan terus menggiatkan pemasaran dan perdagangan pelaburan untuk mengukuhkan daya saing produk Nestle di pasaran dan meningkatkan kesedaran dan pengiktirafan terhadap jenama-jenamanya dalam kalangan peng­guna.

Ujarnya, Nestle turut memanfaatkan peluang yang ditawarkan dalam dunia digital dan e-dagang,

 

dengan meneroka cara baharu untuk melibatkan dan mendekati golongan sasar.

“Prestasi domestik disokong oleh sentimen pengguna yang lebih positif, inovasi dan penambahbaikan produk yang berjaya dilaksanakan, sejajar dengan komitmen kumpulan untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin berubah.

“Usaha ini diterajui oleh rangkaian mi Maggi yang mencatatkan pertumbuhan mantap, terutama menerusi pelancaran pilihan Pedas Giler. Pelancaran produk inovatif lain termasuk Milo 3-dalam-1 Kurang Gula dan Nescafé Cold Brew, serta pilihan aiskrim baharu seperti Aiskrim Oreo dan Nestlé Tropicana Perisa Yogurt Laici,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumpulan Nestle menca­tatkan perolehan RM5.5 bilion, iaitu 4.9 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2018 hasil daripada pertumbuhan kukuh dalam perniagaan domestik dan juga eksport.

Aranols berkata, pertumbuhan perolehan serta margin lebih tinggi membolehkan kumpulan mencatatkan keuntu­ngan kasar lebih tinggi sebanyak RM2.14 bilion, iaitu kenaikan ketara 9.6 peratus berbanding RM1.95 bi­lion pada tahun sebelumnya.

Katanya, keuntu­ngan operasi kumpulan juga meningkat 7.9 peratus daripada RM847 juta kepada RM915 juta.

“Peningkatan ini diperoleh berbekalkan harga bahan mentah lebih rendah dan usaha berterusan kumpulan meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian nilai.

“Kumpulan juga mencatatkan keuntungan satu kali berjumlah RM9.4 juta daripada pelupusan perniagaan Produk Tenusu Dingin. Hasilnya, keuntungan selepas cukai Nestle bagi tahun kewangan semasa meningkat RM16 juta kepada RM659 juta berbanding RM643 juta pada tahun sebelumnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN