KEJAYAAN Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam pilihan raya kecil (PRK), baru-baru ini semakin meyakinkan penyokong parti berkenaan untuk menawan pula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang bakal diadakan beberapa hari lagi. Kemenangan kerusi berkenaan berjaya memulihkan semula semangat jentera parti BN yang sebelum ini berasa kecewa dengan kekalahan calon mereka dalan empat PRK. Selain strategi tepat yang digunakan BN ketika meletakkan calonnya dalam kalangan Orang…










