KUALA LUMPUR, 12 Feb.- Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan pindaan jadual dua perlawanan Liga Perdana membabitkan aksi Perlis menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Selangor United bertemu Negeri Sembilan. Venue perlawanan Perlis dan JDT II pada asalnya berlangsung pada Jumaat ini di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar terpaksa diubah ke Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang jam 9 malam. Perubahan ini dibenarkan oleh MFL selepas mendapat…