Hubungan Pas, Bersatu di Kelantan kukuh

Hubungan Pas, Bersatu di Kelantan kukuh

MOHAMED Fadzli Hassan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hubungan antara Pas dan rakan sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini kekal kukuh walaupun berlaku ‘pergeseran’ antara kedua-dua parti itu di Perlis ketika ini .

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, ia terus diperkukuhkan melalui aktiviti pemukiman pada Jumaat ini melibatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dari Bersatu.

“Setakat hari ini program bersama melibatkan kedua-dua parti berjalan seperti biasa dan kita akan jemput mereka (Bersatu).

“Di Kelantan, Pas dengan Bersatu tidak ada isu. Hubungan antara kedua-dua parti kekal kukuh,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN bermula 1 Januari.

Muhyiddin berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberikan sepenuh sokongan kepada beliau selama memimpin gabungan itu sejak penubuhannya lima tahun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN