KUALA LUMPUR 14 Feb. – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan Karnival Komuniti Berdaya sempena pelancaran Dasar Komuniti Negara di Padang Awam Puchong Indah, Puchong Selangor pada 17 Februari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, program yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan melancarkan Dasar Komuniti Negara.
“Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga antaranya kayuhan jom sihat dan lestari MPSJ,pertandingan tarik tali, mewarna kanak-kanak dan karaoke, senamrobik, booth baskin dan eco free market.
“Selain itu, turut diadakan pertandingan soccer kids dan sepakan penalti, pertandingan melukis kanak-kanak, aktiviti sukan rakyat, food truck dan persembahan badut,” katanya.
Menurut kenyataan itu, untuk keterangan lanjut berhubung program itu boleh melayari laman web MPSJ di www.mpsj.gov.my. – UTUSAN ONLINE










