PUTRAJAYA 27 Feb. – Kerajaan perlu menyediakan pelan secara holistik sekiranya berhasrat mengecilkan saiz perkhidmatan awam di negara ini. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, pelan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang terlibat dalam proses pengecilan tetap mempunyai pekerjaan lain bagi menyara kehidupan mereka selepas diberhentikan. Beliau berkata, kakitangan awam dianggar berjumlah 1.7 juta atau 12 peratus daripada anggaran…










