BUTTERWORTH 22 Feb. – Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Juru, Bukit Mertajam di sini yang didakwa memecah masuk bilik guru serta mencuri sebuah mikrofon dan wang tunai ditahan polis awal pagi ini. Suspek berusia 27 tahun itu ditahan di kawasan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina tersebut kira-kira pukul 1.30 pagi ketika bertugas menjaga sekolah itu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid…










