KUALA LUMPUR 27 Feb. – Seorang pengarah syarikat penanaman kurma didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan skim pelaburan pokok tersebut yang tidak berdaftar, empat tahun lalu. Chin Yoong Fung, 37, yang dinamakan sebagai orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd. Noor. Berdasarkan pertuduhan tersebut, lelaki tersebut didakwa telah menawarkan kepada orang ramai untuk membeli kepentingan dalam skim…










