Pengarah syarikat bergelar Datin didakwa pecah amanah - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat bergelar Datin didakwa pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang pengarah syarikat bergelar Datin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan nilai sejumlah RM5 juta pada November 2015 hingga Jun 2016.

Tertuduh, Nabila Sanusi, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, dia diamanahkan atas sifatnya dengan wang syarikat telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan membuat tuntutan palsu yang menyebabkan syarikat mengalami kerugian sebanyak RM5 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat Kamuja Bullion Resources Sdn. Bhd, Diamond Kompleks Bangi Business Park, Jalan Medan Bangi, Bandar Baru Bangi di sini 27 November 2015 hingga 14 Jun 2016.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suraya Ahmad mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat dan juga boleh dikenakan denda.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes. – K ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN