KUALA LUMPUR 12 Feb. – Pihak pendakwaan akan menulis surat kepada Presiden Mahkamah Rayuan agar rayuan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sijil pindah kes tujuh pertuduhan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta didengar segera. Peguam Negara, Tommy Thomas memaklumkan perkembangan itu ketika kes disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali. Sepatutnya hari ini ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama melibatkan Ahli Parlimen Pekan…










