TANJONG KARANG – Seorang pencari siput ditemui selepas hilang lebih lima jam di hutan paya bakau Kampung Sungai Yu, di sini semalam. Shahrizan Sarbini, 39, ditemui pukul 7.50 malam dalam keadaan lemah dan kekejangan otot kaki. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba Azmi Abbas berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa bersama lima rakannya memasuki kawasan hutan paya bakau berkenaan untuk mencari siput pada pukul 8 pagi. Katanya, bagaimanapun rakan mangsa mendapati Shahrizan tidak tiba di tempat pertemuan keluar dari hutan pukul 2.15 petang sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya